Pengenalan

Aplikasi MyTB™

Aplikasi web-based yang digunakan untuk merekodkan segala aktiviti notifikasi, daftar, siasatan dan rawatan bagi penyakit TIBI.

Berita Terkini

Pelancaran Hari Tibi Sedunia 2007, Negeri Kedah

HTS 2007 Kedah -
Pada 17hb April 2007, Unit Kawalan Tibi/Kusta, JKN Kedah telah melancarkan sambutan Hari Tibi Sedunia 2007 peringkat negeri Kedah.

Bertarikh : 20-06-2007

Kursus Pengurusan Kes TB

Kursus Keningau, Sabah -
Pada 21hb hingga 24hb Mei 2007, Unit Kawalan Tibi/Kusta, JKN Sabah telah menganjurkan Kursus Pengurusan TB di PR dan PKD.

Bertarikh : 23-05-2007

Cabaran Gunung Kinabalu

Kinabalu Kundasang, Ranau -
Pada 24hb hingga 25hb Februari 2007, Unit Kawalan Tibi/Kusta, JKN Sabah telah menganjurkan cabaran mendaki Gunung Kinabalu (4101 meter).

Dengan kos pendakian sebanyak RM130.00, seramai 25 orang anggota Kawalan Tibi/Kusta JKN Sabah telah mengambil bahagian cabaran ini dan berjaya menawan Gunung Kinabalu.

Bertarikh : 03-05-2007

Hari Tibi Sedunia 2007

Tema:
Tibi di Mana-mana, Tibi di Mana jua
(TB anywhere is TB everywhere)

Bertarikh : 12-04-2007

Mesyuarat Maklumbalas Aplikasi MyTB™ Bagi 8 Buah Negeri Projek Perintis -
Tarikh:
14 Februari 2007 (Rabu)
Masa:
8.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat:
Bilik Mesyuarat Utama,
Bahagian Kawalan Penyakit,
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya
Pengerusi:
Dr. Abdul Rasid Bin Kasri
Tim. Pengarah Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit)
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

Bertarikh : 14-02-2007

MyLoca BTMK KKM, Putrajaya -
Pemindahan Data antara Pelayan MyLoca (Windows) dengan JKN Sabah (Fedora Linux).

Perbincangan kumpulan kecil ini dihadiri oleh Cik Asmah Harun bte Mohd. Top, Cik Aniza bte Ahmad, En. Albert Jaua dan En. Melvin Madarak.

Bertarikh : 13-02-2007

Bengkel Beringis Beach Resort, Papar -
Bengkel integrasi CDCIS-MyTB telah dijalankan dari 3-4hb November 2006 yang dianjurkan oleh Unit Kawalan TB/Kusta, JKN Sabah dengan kerjasama Melvin Madarak, Pengaturcara MyTB.

Bengkel ini telah dihadiri oleh semua daerah di Negeri Sabah.

Bertarikh : 6-11-2006

Bengkel Hotel Putra, KL -
Bengkel penyediaan projek integrasi CDCIS-MyTB telah dijalankan dari 15-18hb Oktober 2006 yang dianjurkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pasukan MyTB JKN Sabah.

Bengkel ini telah disertai oleh JKN Johor, JKN Kedah, JKN Negeri Sembilan, JKN Perlis, JKN Sabah, JKN WP Kuala Lumpur dan JKN WP Labuan.

Bertarikh : 19-10-2006